Apa itu Insurans?

Apa itu Insurans?

Insurans adalah sejenis alat kewangan yang anda boleh beli untuk melindungi anda dari sebarang kecelakaan. Ini bermaksud ia dapat memberikan perlindungan sekiranya sesuatu yang tidak baik berlaku kepada anda, ahli keluarga anda atau barangan kepunyaan anda.

Bagaimana insurans berfungsi?


Dengan membayar premium yang rendah, satu syarikat insurans yang berlesen akan membayar pampasan harta benda yang hilang atau rosak bergantung kepada risiko yang dialami - anda berfaedah apabila sesuatu yang tidak baik berlaku.

Walau bagaimanapun, kejadian itu akan berlaku dalam masa insurans dan sehingga nilai telah memberi pampasannya.

Industri insurans di Malaysia dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

Jenis Insurans


Insurans nyawa (menyanggungkan anda dan nyawa anda terhadap risiko seperti kematian, kesakitan, ketidakupayaan dan masuk wad hospital) Contoh seperti:
seumur hidup
jangka masa tertentu
pautan dengan pelaburan
perubatan dan kesihatan
Insurans am (melindungi anda terhadap kerugian akibat daripada pencurian atau kerosakkan kepada harta peribadi kepunyaan anda) Contoh seperti:

Motor

Ia melindungi motor anda terhadap kecurian, kemalangan atau kebakaran. Jika anda membeli perlindungan pihak ketiga, anda dilindungi daripada tuntutan yang dibuat kepada anda daripada pihak ketiga untuk kecederaan atau kematian oleh seseorang (pihak ketiga) dan juga kerugian atau kerosakan pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan anda.

Sekiranya anda membeli keseluruhan perlindungan, anda mendapat perlindungan yang paling luas, contohnya: pihak ketiga yang mengalami kecelakaan atau mati, pihak ketiga harta benda rosak atau hilang, dan kerugian atau kerosakan pada kenderaan anda sendiri yang disebabkan oleh kecelakaan, kebakaran atau kecurian.

Rumah

satu polisi kebakaran yang asas hanya melindungi bangunan itu terhadap kebakaran, kilat atau peletupan. Satu polisi pemilik rumah boleh meluaskan bangunan perlindungan kepada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh banjir, paip pelocoran dan lain-lain kemalangan.

Dengan polisi pemilik rumah, barang dalam rumah seperti perabot, adalah dilindungi terhadap kecurian, banjir dan kebakaran. Polisi ini tidak melindungi kerosakan terhadap rumah tersebut.

Perlancongan

Ini baik untuk dibeli apabila anda melancong ke luar negeri. Ia melindungi anda terhadap kemalangan yang berkaitan dengan perlancongan, penangguhan kapal terbang, kehilangan beg dalam perjalanan, perubatan dan lain-lain.

Harta peribadi

ini melindungi barangan seperti komputer, telefon bimbit, komputer riba dan kamera terhadap kehilangan atau kecurian
Takaful (Takaful adalah perlindungan insurans yang berdasarkan prinsip Syariah).

Terdapat 3 jenis utama takaful am:


  • takaful rumah
  • motor takaful
  • kemalangan diri

Sebelum anda membeli sesuatu insurans



  • Mengetahui jenis polisi yang anda ingin beli
  • Apa yang dilingkungi (berdasarkan kepada keperluan anda dan liputan)
  • Memilih syarikat insurans
  • stabil dari segi kewangan
  • adil dan cepat dalam memproseskan tuntutan
  • kecekapan dan kesudian untuk menyediakan perkhidmatan sebelum dan selepas sesuatu kerugian
  • Syarat-syarat dan perjanjian, termasuk perjanjian yang sedia ada
  • Jumlah premium yang akan dibayar - jumlah nilai yang dilingkungmi dan jangka masa liputan
  • Keadaan yang boleh anda buat sesuatu tuntutan
  • Prosedur untuk membuat sesuatu tuntutan
  • dokumen yang diperlukan
  • Cari satu agen insurans yang berlesen
  • satu agen yang berdaftar dengan PIAM sebelum menjual atau melibatkan diri dalam sebarang perniagaan berkaitan dengan insurans.
  • Mempunyai pengetahuan yang baik tentang produk dan servis yang diperkenalkannya, contoh: syarikat insurans yang diwakilinya
  • Etika yang kuat dan mampu untuk meletakkan kepentingan pelanggan di hadapan
  • Cara komunikasi yang baik supaya pelanggan yang membeli insurans memahami keperluan untuk menanggung insurans, hak dan tanggungjawab yang dibuat oleh kontrak tersebut.

No comments:

Post a Comment

Jenis-jenis insurans kenderaan bermotor di Malaysia

Apakah jenis insurans kenderaan bermotor di Malaysia? Kebanyakan kita sudah pun biasa dengan kenderaan insurans memandangkan ia mandatori...